top of page
Search

Naufal Omar Terus Terbang Tinggi Di South Korea

  • starcreatorsplt
  • Mar 5, 2024
  • 5 min read

ree

Selepas viral tahun lepas tentang pemuda Johor berlakon K-drama dengan D.O (EXO), Naufal Omar (@naufalomar di Instagram) kini bekerja rapat dengan Song Ji Hyo yang merupakan duta Glutanex, brand di bawah syarikat Nexus Pharma, di mana dia sekarang bekerja sebagai Creative Assistant, Global Marketing.


Semuanya nampak indah di mata netizen, tetapi jangan lupa setiap kejayaan datang dengan pelbagai cabaran. Buat anak muda yang menyimpan hasrat untuk sambung belajar di South Korea, anda perlu terus membaca pekongsian Naufal Omar yang sudah lima tahun tinggal di negara tersebut!


1. Boleh perkenalkan serba sedikit tentang Naufal untuk pembaca Star Creators di luar sana?


안녕하세요! Assalammualaikum, saya Naufal bin Omar (boleh panggil Naufal sahaja), akan genap berumur 26 tahun pada bulan Oktober tahun ini. 


Saya adalah content creator dan juga pempengaruh media sosial yang aktif berkongsi berkenaan Korea Selatan sejak tahun 2020 lagi. 


Selalunya saya akan berkongsi di akaun Instagram saya berkenaan kehidupan belajar di Universiti, tempat-tempat menarik di sini, makanan Korea, dan juga konsert K-pop sebab saya minat sangat dengan dunia K-pop!


Sekarang ni dah habis belajar, saya juga aktif berkongsi tentang pengalaman saya bekerja di syarikat Korea! 


2. Macam mana pengalaman hidup di Korea dari dulu sampai sekarang? 


Saya dah berada di Korea sejak saya ikuti program pertukaran pelajar yang di anjurkan oleh UniKL.


Waktu tu memang detik paling gembira sebab memang impian saya sejak sekolah menengah lagi untuk sambung belajar di Korea dan ianya tercapai.


Tetapi sebulan selepas tiba di Korea untuk sambung Ijazah Sarjana Muda, sempadan ditutup sebab Covid-19  dan gerak geri sangat terhad dalam aktiviti harian kami! 


Jadi, kelas terus diadakan secara dalam talian dan saya sebab masih baru dalam persekitaran tersebut dan tidak mempunyai kawan langsung. 


Saya tidak tahu apa yang berlaku dengan begitu jelas sebab bahasa Korea saya tidak begitu baik pada masa itu, jadi saya terpaksa menunggu sehingga kelas saya berakhir secara maya untuk bertanya soalan kepada profesor saya jika ada sesuatu yang penting yang mungkin saya terlepas dari kelas. 


Kadang-kadang saya menangis di tengah malam kerana subjek-subjek agak sukar bagi saya kendali, tambah pula semuanya dalam bahasa Korea. 


Tetapi saya bersyukur sebab profesor saya sangat baik dan membantu saya. 


Kemudian selepas konvokesyen, pandemik berakhir dan akhirnya dapat saya menikmati Korea sepenuhnya kembali! 


Nasib baik saya berjumpa dengan beberapa kawan yang baik dan mereka yang memberi semangat kepada saya agar tidak berasa sepi.



ree

Park Hyatt Seoul yang terkenal dengan bingsu.


3. Sebagai Creative Assistant, Global Marketing untuk Nexus Pharma selama lebih dari setahun, macam mana Naufal jaga keseimbangan kerja dan kehidupan?


Saya hanya perlu menguruskan masa dengan baik, kerana waktu kerja saya bermula dari jam 10 pagi hingga 7 petang, Isnin hingga Jumaat. Semasa waktu kerja, saya hanya fokus pada kerja saya, menyelesaikan apa yang perlu disiapkan untuk hari itu. 


Selepas bekerja, saya fokus pada akaun Instagram peribadi saya. Saya tidak mahu kerja menghalang perkembangan saya sebagai influencer. 


Pada waktu malam, saya akan mengedit video atau gambar dan menjadualkannya untuk esok hari. Jadi, lebih mudah bagi saya untuk tengok semula sebelum saya upload di Instagram.


Pada hujung minggu, saya keluar dengan kawan-kawan. Saya akan berasa suffocated jika saya tidak mempunyai sebarang rancangan untuk hujung minggu.


Selalunya, akan pergi ke kafe, pop-ups dan restoran.


4. Ada pengajaran atau tip berharga yang Naufal boleh berkongsi sepanjang bekerja di syarikat besar di Korea?


Korea mempunyai budaya kerja sendiri, saya menghadapi kesukaran pada awalnya walaupun saya sedar tentangnya. 


Bila alami sendiri, baru boleh paham yang it was tough at first. Tetapi sekarang, dah terbiasa dan faham dengan situasi. 


Tips yang Naufal boleh bagi adalah perlu peka dengan persekitaran dan situasi. Kita perlu belajar menyesuaikan diri dengan situasi.


Tidak boleh terlalu outspoken atau terlalu senyap, harus dalam lingkungan yang betul. 


Bahasa juga menjadi halangan, jadi komunikasi yang jelas sangat penting untuk menjalankan kerja dengan rakan sekerja. Sangat penting yang ni!



ree

Naufal menyediakan K-celebrity coffee truck untuk Glutanex ambassador, Song Ji Hyo.


5. Apa kenangan paling manis yang Naufal paling ingat selama tinggal di Korea?


Ada 3 perkara yang saya jadikan sebagai the most memorable moments sepanjang berada di Korea selama lima tahun.


Satu, impian mahu belajar di Korea sejak sekolah menengah tercapai. It’s already a blessing sebab saya masih tinggal di Korea selepas tamat pengajian. 


Kedua, saya bergraduan dengan keputusan yang cemerlang. 


Ketiga, Naufal berpeluang bertemu dengan idola saya iaitu kumpulan K-pop bernama EXO. Saya berjumpa dengan Kai dalam sebuah program dan bertembung dengan beberapa ahli kumpulan yang lain.


Ada lagi satu! Saya bersyukur sebab dapat bekerja di sebuah syarikat besar di Korea dan bekerja rapat dengan Song Ji Hyo untuk mencipta kandungan untuk TikTok dan media sosial Glutanex. 


6. Pernah tak menghadapi kritikan atau maklum balas negatif? 


Ketika saya belajar, pernah dapat maklum balas negatif dari profesor. Bahasa Korea saya tidak begitu lancar pada masa itu, dan menyebabkan Naufal melakukan perkara yang berbeza daripada apa yang diminta oleh profesor. 


My advice is untuk hadapinya dengan tenang. Tidak perlu memberi sebarang komen segera, tetapi tenangkan diri dan fikirkan apa yang salah, cuba selesaikan dengan mereka. Komunikasi adalah sangat penting. Perlu sentiasa fikir yang korang harus menyelesaikannya bersama-sama. 


Untuk di alam pekerjaan, sesetengah orang mungkin tidak memahami apa yang sedang trending di media sosial.


Tak perlu nak balas balik dengan rude tone tetapi sebaliknya, terangkan kepada mereka dengan cara yang baik dan terperinci.


ree

Naufal pergi ke Eobi Ice Valley, terletak di Gapyeong, South Korea


7. Apa nasihat yang Naufal boleh berikan kepada mereka yang mahu mengikut jejak langkah kau?


Follow your own dream. Setkan visi anda sendiri dan apa yang anda mahu lakukan dalam hidup anda. 


Jangan ikut orang lain. Anda boleh gunakan mereka sebagai inspirasi, tetapi rancang dengan teliti untuk capai impian korang.


Jangan terlalu risau tentang apa yang orang kata tentang anda. Siapa mereka untuk menghakimi diri anda kerana anda lebih mengenal diri anda sendiri.


8. Apakah pencapaian terbesar dalam hidup Naufal?


Untuk saya, pertama sekali sebab dapat melanjutkan pelajaran di Korea. Itu adalah pencapaian terbesar saya. 


Saya tahu betapa sukar untuk belajar di Korea, terutamanya apabila ibu bapa saya tidak menerima pada awalnya apabila saya ingin mengejar pelajaran dalam Reka Bentuk Grafik. 


Originally, ibu saya mahu saya mengambil Pentadbiran Perniagaan di United Kingdom. Tetapi saya berjaya meyakinkannya dan menunjukkan keputusan yang baik kepada ibu saya, dan perlahan-lahan ibu saya faham dan terima. 


Dan saya berjaya mendapatkan pekerjaan di sini dan menunjukkan bahawa saya mampu mencapai apa yang saya perlu capai di Korea Selatan.


9. Apa harapan dan matlamat Naufal untuk tahun 2024?


Tahun ini, saya mahu memberi tumpuan untuk tambah kemahiran peribadi saya. Dalam konteks pemasaran, saya ingin belajar lebih mendalam lagi tentang aspek teknikal media sosial.


Saya memahami tentang sisi kreatif, tetapi saya ingin belajar tentang pengiklanan di media social. Sertabagaimana untuk mengendalikan brand collaboration dan product seeding. 


Lagi satu, saya nak melancong lebih banyak tahun ini!



ree

Naufal ingin melancong lebih kerap pada tahun ini!


Begitulah kehidupan Naufal di Korea Selatan! Harap temu bual di Star Creators ini dapat memberi inspirasi untuk korang yang ingat sambung belajar di sana. 


Jika  korang minat K-pop, boleh follow beliau di Instagram @naufalomar



 
 
bottom of page