Iyza Aryff, seorang pempengaruh fesyen advocate untuk body positivity!
- starcreatorsplt
- Apr 10
- 3 min read
Iyza Aryff terus beri impak sebagai pempengaruh fesyen.

Iyza Aryff, 33 tahun, merupakan seorang peguam yang cintakan fesyen. Konfiden itu membuatkan Iyza untuk mencuba pelbagai gaya.
Jelasnya: “Bagi saya, konsepnya mudah—kita takkan tahu kecantikan sesuatu pakaian selagi kita tak mencuba. Saya jenis yang suka mencuba, jadi saya akan "trial and error" setiap baju yang saya rasa cantik.”
“Kalau muat dan sesuai dengan badan, barulah saya akan tengok sama ada baju itu selesa untuk dipakai dan kalau ia terletak cantik,” katanya lagi.
Hasil temu ramah bersama Iyza membuat penulis kagum dengannya kerana berani untuk mencuba.
Ada banyak lagi tips daripada seorang advocate body positive ini, jadi teruskan baca dengan lebih lanjut!
1. Warna apa yang Iyza rasa is a game-changer untuk fesyen Raya 2025, especially untuk those who want to stand out?
Tahun ni saya nampak ramai yang pilih warna-warna bold macam rich brown, burgundy, tapi I rasa, if you nak stand out, dan I sendiri pun memang personally suka warna ni, soft pink or pink in general akan buatkan you stand out from the crowd.
Bayangkan, dalam ramai-ramai yang pakai bold colours, you berdiri kat situ with your soft pink, you akan jadi highlight for sure.
2. Apa kesilapan paling biasa orang buat bila cuba mix & match baju Raya dengan sneakers?
I rasa pilihan material atau prints baju raya tu sendiri. When it comes to mix & match with sneakers, we know that we are going for comfort and a hint of boyish look to it, jadi, you perlukan baju yang minimal, macam selalunya orang akan pairkan dengan kurung or kebaya cotton especially yang ada small flower/abstract prints.
Don’t pair your sneakers dengan design baju yang very feminine, sebab dia akan buatkan you nampak out of place sikit. Another type of baju raya yang you boleh matchkan dengan sneakers is abaya atau jubah, yang ini my personal favourite.
3. Apakah satu trend Raya 2025 yang Iyza excited nak cuba dan satu trend yang Iyza rasa overrated?
I sebenarnya dah lama nak try buat Raya transition and I dah banyak save video-video yang ada, tapi itulah, selalunya tak menjadi.
Tapi harap-harap tahun ni, at least, I dapat buat satu Raya transition. Yang overrated ni, I rasa sekarang ni memang tengah trend dia, tapi I think, trend JJ (Jedag Jedug) kot.
4. Iyza selalu bereksperimen dengan layering. Apa tip untuk elakkan nampak ‘overdone’ tapi tetap stylish?
As a plus size, benda yang you paling nak elak is looking messy, sebab it’ll look so wrong on you. So, kalau kata nak layering, I selalu keep it minimal dan pilihan material pun mainkan peranan.
Contohnya, pemakaian blazer, cardigan or even denim jacket boleh dikatakan sebagai layering juga, tapi in a very effortless way.
But, kalau kata nak bereksperimen lebih sedikit, lace, satin, chiffon are a good option and jangan layerkan oversize piece together sebab dia akan buatkan you nampak very bulky instead of stylish.

5. Kadang-kadang orang plus-size susah nak cari baju Raya yang fit nicely. Ada tak favorite brands yang Iyza recommend untuk mereka yang struggle nak cari saiz yang sesuai?
Sekarang ni, I would say it is very easy untuk plus size cari baju Raya, sebab kita dah banyak brands yang cater plus size range, and I love that a lot.
Antara brand kegemaran for Iyza this year are, Mis Claire (yang ini memang OG untuk para plus size), then we have Curva Fabulous, Dian Signature, Bulan Bintang Sisters (this year memang gempak) dan Lubna.
6. Iyza lebih suka beli baju ready-made atau custom-made untuk Raya? Kenapa?
Kalau dulu, I suka custom-made, maybe sebab I can design on my own, but sekarang I prefer ready-made lagi. I think ready-made sekarang are sooo pretty, sangat banyak choices and it’s easier to cari.
One thing about me, I tak kisah kalau terkembar dengan orang sebab I lagi bangga sebenarnya, sebab “Girll, we have the same taste.” Plus, kita boleh tag brand tu bila OOTD nanti!
7. Dari segi muzik, Iyza lebih prefer lagu Raya vibes klasik atau sesuatu yang lebih hype dan fresh?
Anything classic, that is me.
8. Kalau boleh buat playlist lagu Raya 2025, lagu mana yang mesti ada?
I ada satu lagu yang memang takkan pernah lapuk dek zaman dan memang my all time favourite—Suatu Hari di Hari Raya oleh M.Nasir.

9. Apakah fashion tips yang paling penting untuk sesiapa yang nak rasa confident dengan OOTD Raya mereka, regardless of body shape?
Search for inspos! Sekarang ni, kita dah ada banyak inspo untuk ber-OOTD. Ada yang suka nampak whole body, ada yang suka 0.5, yang pose tutup muka pun ada.
Apa yang you boleh buat adalah cari inspirasi dan tengok which one screams you the most. Kalau you ada masa, bolehlah praktis dulu before ambil OOTD Raya tu untuk mengelakkan sebarang kekecewaan.
