top of page
Search

Heels ke Pasar? Ini Sebab Dhaniya Aqilah Tak Pernah Kompromi Bab Gaya!

  • starcreatorsplt
  • May 2
  • 3 min read

Melalui gaya chic dan minimalis, Dhaniya Aqilah ilhamkan cara untuk kekal anggun tanpa perlu berlebihan.

ree

Mula melangkah ke dunia content creation sekitar tahun 2022, Nur Dhaniya Aqilah Johari, 29 tahun, kini berjaya mengumpul lebih 9,000 pengikut setia di Instagram.


Walaupun bekerja sepenuh masa sebagai penjawat awam, semangat Dhaniya dalam dunia fesyen tidak pernah pudar. 


Dengan konsistensi dan passion yang kuat, Dhaniya terus mencipta nama, berkolaborasi dengan pelbagai jenama tempatan seperti Avenys, Velvet Vanity, Machino, dan banyak lagi!


Dikenali dengan personalitinya yang sopan santun dan mesra, Dhaniya tidak pernah jemu berkongsi tentang impian serta tip-tip bergaya — khususnya untuk anda yang ingin tampil menyerlah di Hari Raya! (tips Dhaniya memang evergreen, tak lapuk dek zaman!)


1. Gaya Dhaniya selalu nampak chic dan elegan. Untuk Raya 2025, tema atau warna apa yang Dhaniya pilih?


Selalunya saya akan pilih warna natural atau nude sebab itu memang ‘safe zone’ saya. Tapi untuk Raya 2025, special sikit—mak saya yang pilihkan warna hitam! Agak luar dari kebiasaan, tapi saya excited nak keluar dari comfort zone tahun ini.


2. Apa trend fesyen Raya 2025 yang Dhaniya rasa bakal ‘meletup’ tahun ini?


Tahun ni, saya nampak banyak orang akan ke arah koleksi dari jenama macam Fuzana Mokhtaza, Qiszar dan Whimsigirl. 


Personally, saya memang peminat ketiga-tiga jenama ni—simple, minimalis, dan sangat kena dengan gaya saya. Usually, salah satu daripada jenama ni akan jadi baju Raya pertama saya!


3. Macam mana nak dapatkan ‘effortless elegant look’ ala Dhaniya?


Tips saya mudah: pilih tudung plain, seluar yang loose, dan handbag kecil. Dan satu rahsia—saya ni memang “heels girl”! 


Ke mana saja, pasar pun saya tetap akan pakai kasut tinggi. Heels always elevate the whole look, trust me.


Dhaniya Aqilah dan kasut tinggi, tidak pernah terpisah!
Dhaniya Aqilah dan kasut tinggi, tidak pernah terpisah!

4. OOTD Raya: Ikut trend atau lebih suka timeless pieces? 


Saya lebih suka timeless pieces. Biasanya, saya akan rancang OOTD awal-awal, waktu bulan puasa lagi, siap booking studio photoshoot. Bila hari Raya tiba, semua dah ready, tak payah pening-pening.


Saya jarang ikut trend, tapi saya akan buat research tentang studio atau fotografer terbaik untuk pastikan gambar OOTD Raya jadi memorable.


5. Selain baju, aksesori pun mainkan peranan penting. Apa ‘must-have accessories’ Dhaniya untuk Raya?


Saya bukan heavy on accessories, tapi tiga benda ni wajib ada: cincin, gelang dan rantai.


Hari-hari biasa pun saya akan pakai, tapi masa Raya, kita bagi extra sikit untuk naikkan seri outfit!


Boleh follow Dhaniya aka @dhaniyaaqilah di TikTok & Instagram!
Boleh follow Dhaniya aka @dhaniyaaqilah di TikTok & Instagram!

6. Dari segi muzik, Dhaniya lebih suka lagu Raya klasik atau moden?


Definitely lagu Raya klasik! Saya rasa vibe lagu klasik memang lebih kena dengan personaliti saya—nostalgic, penuh emosi dan timeless.


7. Lagu Raya 2025 mana yang Dhaniya rasa wajib masuk playlist?


Anything by Dayang Nurfaizah atau Datuk Seri Siti Nurhaliza! Lagu-lagu mereka sentiasa ada jiwa, dan memang wajib ada untuk hidupkan mood Raya.


8. Pernah terfikir nak collaborate dengan brand lokal untuk koleksi Raya sendiri?


Pernah! Walaupun perjalanan tu masih panjang, saya memang impikan peluang tu. Kalau boleh pilih, saya nak collaborate dengan brand yang saya admire macam Fuzana Mokhtaza ataupun mana-mana designer lokal yang punya sentuhan elegan.



9. Kalau Dhaniya diberi peluang styling seorang selebriti untuk konsep Raya 2025, siapa yang Dhaniya pilih?


Saya pilih Mira Filzah—saya suka cara dia bawa diri, sopan dan sangat ayu. Kalau nak vibe yang lebih fun, Dayah Bakar pula pilihan saya, sebab dia memang lively dan gila-gila in the best way!




 
 
bottom of page