top of page
Search

Ciiah, selalu tampil elegan dan classy tanpa ‘overthinking’

  • starcreatorsplt
  • Apr 16
  • 3 min read

Keseimbangan adalah kunci Ciiah untuk gaya Raya tahun ini!

ree

Gaya minimalis dan elegan sememangnya sinonim dengan Nur Syahirah Saiful Annuar, 32 tahun atau lebih dikenali sebagai Ciiah di kalangan peminat fesyen lokal. 


Simple, sofistikated tapi penuh classy—itulah vibe yang sering terpancar daripada setiap OOTD yang dikongsikannya. 


Hasil temu ramah bersama Ciiah membuatkan penulis untuk terus memilih keselesaan dan menggayakan baju kurung tradisional yang tak lapuk dek zaman. 


Jadi, teruskan baca untuk ketahui dengan lebih lanjut petua dan helah Raya daripada seorang pengurus pemasaran di syarikat fesyen tempatan ini!


1. Baju kurung tradisional atau modern? Mana yang lebih dekat di hati Ciiah untuk Raya?

I’m all about traditional and classic for Raya! 


Ciiah suka baju kurung tradisional sebab ada charm yang timeless, especially dengan embroidery yang cantik—dia macam memberi personal touch dan rasa lebih special. 


Walaupun dengan sentuhan moden, tiada yang dapat menandingi nilai sentimental baju kurung klasik, terutamanya apabila ia berkaitan dengan hubungan kepada akar budaya dan tradisi keluarga. Gaya klasik sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam hati Ciiah!


2. Apa trend kain yang Ciiah rasa akan in untuk baju Raya 2025? Lace, organza, satin atau ada material lain?

Raya tahun ni, Ciiah akan pilih cotton atau linen! Memang suka tau material yang selesa dan breathable lagi-lagi time Raya!


Sebab kita nak makan-makan dan kunjung mengunjung dengan rasa selesa.


Cotton dan linen memang best sebab dia ringan, sejuk dan buat kita nak senang bergerak. 

Satin? A big no for me! Sebab nanti rasa panas dan cepat berpeluh, especially time Raya ni! 

Ciiah kongsi petua tambah sweet touch untuk tampak elegan. 
Ciiah kongsi petua tambah sweet touch untuk tampak elegan. 

3. Sebagai pencinta gaya soft & romantic, bagaimana cara untuk tambah elemen ini dalam OOTD Raya?

Cara Ciiah untuk tambah sweet touch adalah dengan aksesori yang delicate. Macam subang kecil yang elegen, rantai halus, cincin yang simple but classy, dan gelang yang shining sedikit. 


Semua aksesori ni akan tambah rasa feminin dan lembut pada outfit Raya. Of course, I can’t forget a cute handbag - something soft in tone, like pastel or neutral shades, to complete the look.


4. Apa satu aksesori yang Ciiah rasa boleh buat baju Raya nampak lebih elegan instantly?

Definitely, subang! Untuk Ciiah, subang yang elegan boleh buat baju Raya nampak lebih classy dalam sekelip mata. 


Kalau pilih subang yang halus dan sofistikates, dia boleh elevate the whole look tanpa perlu terlalu over-the-top.

5. Kadang-kadang orang takut pakai warna pastel sebab risau nampak ‘pucat.’ Apa tip Ciiah untuk rock this color palette?

Untuk rock warna pastel, Ciiah selalu padankan dengan aksesori yang ada warna kontras! Bila dah pakai pastel, tambah sedikit warna terang atau gelap pada handbag, kasut, atau maybe scarf untuk create balance dalam outfit. 


Kalau still rasa takut nampak pucat, you can also try bold makeup look—macam lipstik merah atau eyeliner yang striking. Dengan cara ni, even kalau outfit pastel, wajah tetap akan nampak berseri dan stand out. Balance is key, so jangan takut untuk mix and match!


6. Bila dengar lagu Raya, Ciiah suka yang sentimental atau yang ceria?

Ciiah memang prefer lagu Raya yang ceria! Raya kan waktu untuk happy, jadi lagu dengan rentak yang cepat dan meriah tu buat mood jadi gembira. baru ada mood nak raya!


7. Lagu Raya apa yang buat Ciiah automatik masuk mood Raya vibes? 

Balik Kampung from Dato Sudirman! Setiap tahun mesti lagu ni berkumandang and memang terus turn on mood nak raya!


 
 
bottom of page